Monday, 30 January 2012

Pentingnya Ilmu sebelum membuat sesuatu perkara

Salam kepada Jutawan Logam semua :)

Hari ini saya telah membaca satu artikel di dalam surat khabar yang bertajuk "Pelaburan dalam Jongkong Emas merugikan". Logik tak tajuk akhbar ini? kalau pelaburan emas digital, mungkin lah kot, atau masuk ke dalam skim2 emas cepat kaya. Tidak pernah lagi saya dengar, apabila simpan emas merugikan. kalau dah rugi, baik bg je emas tu kepada orang lain :)

Al-kisahnya begini, pengadu di dalam akhbar tesebut memberitahu, ia mengenali tentang pelaburan emas ini daripada rakannya, dan membeli 100gm emas. tanpa sebarang ilmu berkaitan emas, terus je dengar kata rakan-rakan tanpa melakukan kajian sendiri dan bertanya kepada rakan2 yang pakar. Dan, apabila pengadu tersebut ingin menjual emas yang dibeli di kedai emas, harga yang di ambil lebih rendah. oleh itu, ia telah mengadu kepada  pemberita berkenaan kejadian tu. sungguh malang pengadu tersebut.

Anda perlu tahu, konsep pelaburan logam ni adalah beli, simpan dan jual. masa simpan tu sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas bagi perak dan emas adalah 1tahun ke atas. kalau anda beli dan jual pada masa yang singkat, ia ada spread bergantung kepada kedai emas tersebut. Jika ingin sangat menggunakan duit, simpan emas tersebut di Ar-Rahnu, atau jual semula di group2 jual emas di malaysia contohnya Gold Lot Shop, Pasar Muamalat dan sebagainya. sebab tu orang kata, ilmu kena ada.

Apa-apapun, saya mendoakan agar pihak yang mengadu, dapat menarik balik aduan yang dilakukan secara bertulis dan sudilah untuk mencari ilmu di dalam pelaburan yang diceburi. Dan teruskanlah minat untuk menyimpan emas yer.. :)

Ini adalah Artikel surat khabar yang dimaksudkan

Jika anda berminat dengan post ni..sudi lah share kat kengkawan yer :) TQ

Sunday, 29 January 2012

Potensi Perak sebagai simpanan anda

Berdasarkan kepada post saya sebelum ini, ternyata Perak mempunyai potensi yang besar di dalam simpanan anda. Ramai orang tidak tahu potensi perak ini sehingga laporan ebook ini dikeluarkan. Saya tidak salahkan anda jika tidak mengetahui potensi ini kerana emas telah menutup kelopak mata anda untuk memandang perak sebagai aset yang sangat bernilai untuk disimpan. Bayangkan, jarak tahun yang sama, peratus kenaikan perak lebih tinggi berbanding dengan emas. Ini adalah bukti yang nyata dan tidak mustahil peratus kenaikan ini juga akan berlaku pada 10 tahun akan datang.


Kebanyakkan orang tidak akan percaya akan hakikat ini kerana tidak ada bukti yang kukuh. Tetapi pelabur-pelabur perak underground telah membuktikan bahawa, simpanan perak membawa pulangan yang lebih besar berbanding emas. Inilah yang perlu anda fikirkan, buka minda dan pandang jauh kehadapan.

Peratusan kenaikan yang tinggi bagi perak merupakan satu peluang yang baik untuk kita mengambil kesempatan sementara harga perak masih rendah dan mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat berbanding harga emas yang telah mencecah RM167/gram berbanding perak yang hanya RM3.04/gram sahaja.



Sebagai permulaan, saya tidak sarankan anda untuk membeli berkilo-kilo gram perak untuk dijadikan simpanan anda secara terus. Nasihat saya adalah, jadilah sebagai seorang penyimpan yang bijak. Jika anda telah tahu akan potensi perak ini, simpanlah perak secara sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Ini bermaksud, anda boleh jadikan tabiat dengan membeli 1oz bar perak setiap bulan. Jadi apabila tiba akhir tahun, anda akan memiliki 12oz bar perak bersamaan dengan 373.2gram perak di dalam simpanan anda. Jika anda amalkan secara konsisten sehingga 5tahun, anda akan menyimpan sebanyak 1.9 kilogram perak! banyak tu..

 Harga 1oz tidak lah mahal pada hari ini dan ia mampu untuk dibeli. Contohnya, jika anda peruntukkan RM300 untuk simpanan anda di bank, anda boleh simpan RM150 di dalam bank, manakala RM150 lagi anda ditukarkan kepada bar perak. Bila anda memerlukan duit, anda boleh jual bar perak tersebut, dan ianya akan dibeli oleh penyimpan perak seperti saya. Di mana nak beli dan jual? anda boleh pergi ke sini http://www.facebook.com/groups/JutawanLogam/

Sila share info ini kepada rakan anda

Kenapa Jutawan Logam?

Kerana kadar kenaikan Emas dan Perak selama 10 tahun..
Cuba lihat carta emas dan perak di bawah ini. Lihat peratus kenaikan daripada dari Jan 2002 sehingga Jan 2012.
Sumber kitco.com

*Harga emas 10 tahun                        *Harga Perak 10 tahun
  Kenaikan 511% - Banyak!!                Kenaikan 731% - Lagi banyak!!!

Berdasarkan graf di atas, sudah ternyata, peratusan kenaikan harga Perak jauh lebih tinggi berbanding Emas. 

Bayangkan kalau anda tukar RM1000 pada Jan 2002 untuk pelaburan emas. Jadi di akhir tahun Jan 2012, kita akan dapat RM5110. 

Tapi kalau masa tu dengan nilai yang sama, anda tukar kepada perak dan simpan sehingga Jan 2012. Anda akan mendapat RM7310. Ini jauh lebih hebat! J

Oleh itu, simpanan perak berpotensi untuk membawa pulangan yang lebih besar berbanding emas. Dan mampu untuk menjadikan anda JUTAWAN LOGAM!

Sila share kepada rakan anda yang lain info berguna ini

Peluang Perniagaan Emas Perak Bersama GOLD SILVER RESOURCES SDN BHD

Syarikat Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) . info= http://www.gsr2u.com.my/jutawanlogam

Kini sedang giat mencari pengedar-pengedar baru diseluruh Malaysia untuk melebarkan sayap perniagaan. Jutawan Logam sebagai agen Pahang, dan Sabah sedang mencari bakal-bakal pengedar di kawasan berdekatan supaya rangkaian Syarikat GSR luas dan memudahkan pelanggan mendapatkan stok emas dan perak.



Pihak syarikat telah menurunkan modal menjadi usahawan emas perak daripada RM5000 kepada RM1000 sahaja. Promosi keahlian sedang berlangsung sehingga Dec 2012, hanya bermodal RM1,000 anda boleh menjadi pengedar SAH dan mengakses 100% kepada rangkain produk emas dan perak GSR.
Yuran keahlian RM1,000 ini merupakan pakej perniagaan anda iaitu:

1. Keahliah seumur hidup
2. Jaket GSR
3. Buku resit GSR
4. Web promosi affiliate
5. Pos percuma
6. Akses kepada produk emas dan perak pada harga dealar
7. Bantuan tunjuk ajar dan promosi dari syarikat
8. Khairat kematian RM500 utk 2 thn pertama
9. Diskaun pengedar produk emas dan perak

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Jutawan Logam di 014-8608628 call/SMS
Kelas Perniagaan Emas Perak juga dianjurkan kepada dealer yang mendaftar di bawah rangkaian Jutawan Logam.

Sila share untuk memberitahu rakan anda yang lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot logam

There was an error in this gadget