Friday, 30 March 2012

Teknik Simpan Silver atau Perak

Tentu ramai yang masih pening, blur atau tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk simpan Silver (perak). Yelah, bila search sahaja tentang logam berharga ni, kebanyakkannya cerita tentang emas, ar rahnu dan sebagainya. 

Ok, saya ingin kongsikan teknik yang saya gunakan untuk menyimpan perak.

Teknik:
1. Beli, Simpan...(1 tahun ke atas), dan Jual
2. Beli secara tetap setiap bulan, Simpan, dan Jual
3. Beli secara tetap setiap bulan, sampai masanya..., tukar kepada emas
4. Beli, simpan sambil berniaga emas perak sementara harga naik
5. Beli bila harga jatuh mendadak, tunggu harga naik (5%, 10%,20%...etc), dan jual


Saya akan huraikan secara ringkat setiap teknik yang dinyatakan.

Teknik 1
Teknik ini merupakan teknik bagi pelabur baru yang ingin berkenalan dengan perak. Iaitu, pelabur baru tersebut akan membeli 1oz perak di awal tahun, dan kemudian menunggu selama setahun dan kemudian menjualnya. Kebiasaanya, harga perak 1oz ini akan meningkat dan peningkatan ini merupakan keuntungan yang diperolehi.

Teknik 2
Apabila pelabur baru ini yakin dengan potensi pelaburan perak. Dia akan merancang untuk memperuntukan sejumlah yang wang simpanan untuk membeli 1oz perak secara tetap setiap bulan. Jadi, di akhir tahun jumlah yang dikumpulkan mencapai 12oz perak dan kebiasaanya harga perak akan meningkat dan pelabur tersebut menjual kesemua perak yang dimiliki untuk mendapat keuntungan.

Teknik 3
Pelabur baru yang telah yakin dengan kehebatan perak daripada emas akan terus menimba ilmu pelaburan perak dengan lebih mendalam. Teknik 3 ini adalah teknik ratio Emas : Perak dimana, perak yang dikumpulkan setiap bulan akan ditukarkan kepada emas apabila ratio Emas : Perak semakin menghampiri. 

Teknik 4
Pelabur baru tersebut telah "jatuh cinta" dengan pelaburan logam berharga ini dan ingin mengajak rakan-rakan lain untuk bersama2 menyimpan emas dan perak sebagai simbol kekayaan mereka. Pelabur tersebut boleh menjadi dealer di mana2 syarikat emas perak yang kukuh dan diminati (saya syorkan syarikat GSR :p ). Sambil pelabur tersebut menunggu harga emas dan perak naik, pelabur tersebut boleh berniaga untuk menambah pendapatan sampingan. Menjadi dealer lebih menguntungkan kerana pembelian emas dan perak pada harga yang sangat murah.

Teknik 5
Pelabur tersebut tahu selok belok pelaburan perak dan merancang strategi untuk memaksimumkan keuntungan dengan membeli borong bila harga perak jatuh (harga spot) dan simpan sehingga harga spot meningkat. Kaedah ini memerlukan beberapa strategi. Dari segi target keuntungan seperti 5%, 10%, 20% dan sebagainya. Tetapi ilmu analisis harga juga perlu dipelajari,supaya tahu bila nak beli, bila nak jual, bila nak beli borong, dan sebagainya.

Diharap teknik yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk merancang strategi pelaburan perak anda. Jika anda perlukan mentor untuk bermula, saya boleh berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.. : )

*Berminat untuk membeli atau menjadi agen? Daftar percuma di www.gsr2u.com.my/jutawanlogam

Wednesday, 28 March 2012

Sifat "multiplier" Perak lebih tinggi daripada Emas

Apa yang saya suka dengan perak ni adalah sifat "multipler"nya lebih tinggi daripada Emas. Apakah sifat "multipler" ni? multipler ni dalam bahasa melayu dipanggil sebagai gandaan. Kenapa saya katakan yang sifat gandaan perak ni lebih tinggi daripada Emas? Jawapannya mudah... kalau nak simpan Silver dan Emas, kita mudah untuk kumpul perak dengan lebih banyak berbanding emas. Sebab harga perak ketika ini lebih rendah daripada emas. oleh itu, dengan hanya RM150 sahaja kita boleh membeli 1troy oz perak berbanding emas hanya dapat dibawah 1gram.

Ini berdasarkan ratio Emas Perak pada ketika ini menunjukkan harga perak sangat rendah menyebabkan kita boleh menggandakan simpanan perak setiap masa. 


Saya ambil contoh: Saya ada RM2000 pada tahun 1.12.11 dan ingin tukarkan kepada emas atau perak. Yang mana menjadi pilihan saya? saya tanya anda...logam apakah yang anda akan pilih??

Kita lihat pergerakan harga kedua-dua logam ini selama sebulan (1.12.11 - 1.1.12)


Emas
1.12.11 = $1562.98/toz
1.1.12 = $1738.20/toz
Peratus kenaikan = 11.21%

Perak
1.12.11 = $27.63/toz
1.1.12 - $33.31/toz
Peratus kenaikan = 20.56%
*harga diambil daripada harga spot kitco.com

Berdasarkan kepada peratus kenaikan Emas dan Perak ini menunujukkan, Sifat penggandaan Perak lebih tinggi berbanding Emas dimana lebih kurang 2kali ganda lebih tinggi dari emas. Jika RM2000 tadi dilaburkan kepada Perak, sudah tentu keuntungan yang dimiliki lebih tinggi berbanding emas, walaupun jika dilihat nilai emas itu sendiri lebih mahal (pandangan kebanyakkan masyarakat di Malaysia).

Diharap perkongsian ini memberi saudara/i semangat untuk menyimpan Emas dan Perak :)

*Berminat untuk membeli atau menjadi agen? Daftar percuma di www.gsr2u.com.my/jutawanlogam

Sunday, 25 March 2012

Adakah harga hartanah sentiasa meningkat?

Salah satu sebab pelabur melabur di dalam pelaburan hartanah adalah untuk menikmati kenaikan nilai. Pada hari ini juga, semua pemilik rumah percaya bahawa kediaman mereka merupakan satu pelaburan yang terbaik. Dan ramai di kalangan pembaca blog ini juga percaya sedemikian bukan?

Namun, terdapat banyak faktor jika hendak nilaikan sesuatu hartanah tersebut. Kerana, nilai hartanah sebenarnya bergantung kepada lokasinya dan saiz. 

Saya ambil contoh purata harga rumah di Pulau Pinang sekitar tahun 2002 - 2010 di bawah:
Jika anda perhatikan harga rumah telah jatuh mendadak pada sekitar tahun 2003, dan meningkat perlahan hingga ke tahun 2010.

Peningkatan harga hartanah merupakan satu petanda peningkatan bekalan wang kita. Berdasarkan kitaran kekayaan (saya akan tuliskan satu entry pasal kitaran kekayaan), kita sekarang pada fasa kitaran komoditi. Oleh itu, apabila kita nilaikan harga hartanah berdasarkan Emas dan Perak berbanding duit ringgit Malaysia, kita akan nampak satu trend dimana, sebenarnya harga hartanah menurun melawan logam berharga ini.

*anggaran pengiraan

Berdasarkan carta di atas, purata harga rumah di Penang pada tahun 2003 hanya bernilai 350 troy ounce Emas sahaja. dan nilai ini semakin menurun pada tahun 2010 iaitu dalam dalam 241 Troy Oz Emas. Dan penurunan ini lebih kurang 31% dalam masa 9 tahun.

Manakala bagi carta Perak pula (di bawah). Pada tahun 2003, harga rumah di Penang hanya 24,561 Troy Oz Perak. Dan pada tahun 2010, anggaran harga rumah jika dibeli dengan perak telah menurun menjadi 15402 Troy Oz Perak sahaja. Penurunan ini lebih kurang 37% dalam masa 9 tahun.

Jika, anda mempunyai duit sebanyak RM230,000 pada tahun 2003,tetapi anda tidak beli rumah pada ketika itu, sebaliknya anda gunakan duit tersebut untuk membeli Perak. anda akan memperolehi 40350 Troy Oz Perak. Anda tunggu sehingga tahun 2010, barulah anda beli rumah, Dan pada ketika itu, anda boleh membeli sehingga 2 biji rumah dan mempunyai sedikit baki lagi.

Oleh itu, sebenarnya, nilai hartanah manurun apabila kita bandingkan dengan logam berharga ini. walaupun jika dinilaikan dengan ringgit Malaysia nilai ini meningkat. Diharap entry pada kali ini memberi anda sedikit info berkenaan Logam berharga ini. Sekian...Terima Kasih

Jika ada pendapat, boleh kongsikan :)

Wednesday, 21 March 2012

Teknik manipulasi Perak (Silver)

Apakah teknik untuk manipulasi emas? mesti ada yang menjawab iaitu menggunakan Ar-Rahnu..

Tapi bagaimana pula nak manipulasi Perak (Silver)??

Teknik ni telah dikongsikan kepada para pembaca ebook pelaburan perak di http://bit.ly/ubxew7 (KLIK SINI) boleh dapatkan buku ini untuk mengenali dengna lebih lanjut tentang silver.

So, saya tak boleh lah nak bagitahu semua teknik ini memandangkan ia adalah rahsia di dalam Ebook ini..nanti saya pula kena saman.hehehehe..
Tetapi, saya boleh kongsikan teknik ni dalam rangkaian dealer jutawan logam.hehehe..So cepat2 join saya menjadi Jutawan Logam di sini http://bit.ly.silvermas . 

Terima Kasih :)

Saturday, 17 March 2012

Cerita duit kertas

Sejak dahulu lagi, Emas dan Perak telah digunakan sebagai matawang di dalam sistem jual beli manusia. Emas dan Perak inilah "wang sebenar" yang digunakan. Malahan, Emas dan Perak ini telah digunakan lebih daripada 5000 tahun yang lalu.

Namun, ia telah ditukarkan kepada duit kertas (paper money) yang dianggap bernilai, tetapi sebenarnya ia adalah penipuan semata-mata, dan jika sesebuah kerajaan ini jatuh, makan ia tidak bernilai dan tidak sah dilakukan di dalam kerajaan baru.

Contohnya seperti duit kerajaan Broke di Sarawak pada satu ketika dahulu yang megah memerintah. Jika anda masih menyimpan duit ini, dan gunakan untuk membeli sabun ke, topup ke, ubat gigi ke, adakah peniaga akan menerimanya? sudah tentu tidak ada yang menerimanya kerana mereka tidak percaya akan nilai duit kertas ini untuk disimpan dan ditukarkan kepada barangan.

Namun Bagaimana sistem Emas dan Perak ini boleh ditukar kepada duit kertas? Ia bermula apabila urusan jual beli dipermudahkan dengan menyerahkan atau menyimpan Emas dan Perak pada tukang emas/perak (kerana tukang emas mempunyai tempat simpanan yang paling selamat pada ketika itu) dan tukang emas tersebut akan mengeluarkan resit simpanan yang tertulis "1 dollar silver".

Resit ini boleh diberikan kepada peniaga untuk ditukarkan kepada barangan yang dihendaki. Peniaga yang mendapat resit ini boleh menuntut perak dengan menunjukkan resit ini kepada tukang emas. Kemudian, tukang emas tersebut akan memberikan Perak dan mengoyakkan resit tersebut.

Daripada peristiwa inilah kemudiannya tertubuhnya sistem bank dan duit kertas yang bersandarkan Emas dan Perak.

Namun, pada tahun 1971, Presiden Amerika ketika itu, Nixon telah memisahkan sandaran duit kertas dari Emas dan Perak menjadikannya wang "fiat" mengakibatkan duit kertas di cetak sesuka hati, kestabilan serta lambakan duit kertas di pasaran menyebabkan nilai duit semakin jatuh.

Saturday, 10 March 2012

Thursday, 8 March 2012

Ratio Emas dan Perak Masih jauh


Pada masa dahulu, bila Emas dan Perak adalah matawang perdagangan, nisbah Emas : Perak adalah 1:16 (bermaksud 1 kg Emas bersamaan 16 kg Perak) dan jurang nisbah ini semakin jauh selepas status Emas dan Perak dilepaskan sebagai matawang dan diganti dengan duit kertas

Pada tahun 1963, nilai Perak sangat rendah sehingga pada tahun 1980 merupakan kitaran komoditi berada di puncak, Emas $800/ounce dan Perak $50/ounce sekali lagi sejarah berulang dimana nisbah kembali 1 : 16

Selepas kitaran komoditi berakhir, pada tahun 1981, nisbah Emas : Perak semakin jauh dan tertinggi dalam sejarah pada tahun 1991 dimana nisbah Emas : Perak 1:90

Selapas itu, Perak semakin bernilai dan jurang ini semakin hampir iaitu pada tahun Dec 2010 (1:63)

Dan April 2011, nisbah Emas: Perak 1:39.4

Pada hari ini? Nilai Perak masih murah untuk dimiliki dan jika Kitaran Komoditi ini berada di kemuncak, nisbah Emas : Perak 1:16 mungkin akan berlaku sekali lagi. Oleh itu, inilah peluan anda untuk mengumpul perak sedikit demi sedikit.

Pembelian emas secara ansuran dan on9..boleh ke? lihat video ini


Rumusan daripada video tersbut:
1. Pembelian Emas Perak secara ansuran dan Online selagi mana ia adalah emas fizikal harus jika kita yakin bahawa tidak ada sandaran lagi di antara wang kertas dengan Emas Perak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot logam

There was an error in this gadget