Saturday, 17 March 2012

Cerita duit kertas

Sejak dahulu lagi, Emas dan Perak telah digunakan sebagai matawang di dalam sistem jual beli manusia. Emas dan Perak inilah "wang sebenar" yang digunakan. Malahan, Emas dan Perak ini telah digunakan lebih daripada 5000 tahun yang lalu.

Namun, ia telah ditukarkan kepada duit kertas (paper money) yang dianggap bernilai, tetapi sebenarnya ia adalah penipuan semata-mata, dan jika sesebuah kerajaan ini jatuh, makan ia tidak bernilai dan tidak sah dilakukan di dalam kerajaan baru.

Contohnya seperti duit kerajaan Broke di Sarawak pada satu ketika dahulu yang megah memerintah. Jika anda masih menyimpan duit ini, dan gunakan untuk membeli sabun ke, topup ke, ubat gigi ke, adakah peniaga akan menerimanya? sudah tentu tidak ada yang menerimanya kerana mereka tidak percaya akan nilai duit kertas ini untuk disimpan dan ditukarkan kepada barangan.

Namun Bagaimana sistem Emas dan Perak ini boleh ditukar kepada duit kertas? Ia bermula apabila urusan jual beli dipermudahkan dengan menyerahkan atau menyimpan Emas dan Perak pada tukang emas/perak (kerana tukang emas mempunyai tempat simpanan yang paling selamat pada ketika itu) dan tukang emas tersebut akan mengeluarkan resit simpanan yang tertulis "1 dollar silver".

Resit ini boleh diberikan kepada peniaga untuk ditukarkan kepada barangan yang dihendaki. Peniaga yang mendapat resit ini boleh menuntut perak dengan menunjukkan resit ini kepada tukang emas. Kemudian, tukang emas tersebut akan memberikan Perak dan mengoyakkan resit tersebut.

Daripada peristiwa inilah kemudiannya tertubuhnya sistem bank dan duit kertas yang bersandarkan Emas dan Perak.

Namun, pada tahun 1971, Presiden Amerika ketika itu, Nixon telah memisahkan sandaran duit kertas dari Emas dan Perak menjadikannya wang "fiat" mengakibatkan duit kertas di cetak sesuka hati, kestabilan serta lambakan duit kertas di pasaran menyebabkan nilai duit semakin jatuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot logam

There was an error in this gadget