Friday, 30 March 2012

Teknik Simpan Silver atau Perak

Tentu ramai yang masih pening, blur atau tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk simpan Silver (perak). Yelah, bila search sahaja tentang logam berharga ni, kebanyakkannya cerita tentang emas, ar rahnu dan sebagainya. 

Ok, saya ingin kongsikan teknik yang saya gunakan untuk menyimpan perak.

Teknik:
1. Beli, Simpan...(1 tahun ke atas), dan Jual
2. Beli secara tetap setiap bulan, Simpan, dan Jual
3. Beli secara tetap setiap bulan, sampai masanya..., tukar kepada emas
4. Beli, simpan sambil berniaga emas perak sementara harga naik
5. Beli bila harga jatuh mendadak, tunggu harga naik (5%, 10%,20%...etc), dan jual


Saya akan huraikan secara ringkat setiap teknik yang dinyatakan.

Teknik 1
Teknik ini merupakan teknik bagi pelabur baru yang ingin berkenalan dengan perak. Iaitu, pelabur baru tersebut akan membeli 1oz perak di awal tahun, dan kemudian menunggu selama setahun dan kemudian menjualnya. Kebiasaanya, harga perak 1oz ini akan meningkat dan peningkatan ini merupakan keuntungan yang diperolehi.

Teknik 2
Apabila pelabur baru ini yakin dengan potensi pelaburan perak. Dia akan merancang untuk memperuntukan sejumlah yang wang simpanan untuk membeli 1oz perak secara tetap setiap bulan. Jadi, di akhir tahun jumlah yang dikumpulkan mencapai 12oz perak dan kebiasaanya harga perak akan meningkat dan pelabur tersebut menjual kesemua perak yang dimiliki untuk mendapat keuntungan.

Teknik 3
Pelabur baru yang telah yakin dengan kehebatan perak daripada emas akan terus menimba ilmu pelaburan perak dengan lebih mendalam. Teknik 3 ini adalah teknik ratio Emas : Perak dimana, perak yang dikumpulkan setiap bulan akan ditukarkan kepada emas apabila ratio Emas : Perak semakin menghampiri. 

Teknik 4
Pelabur baru tersebut telah "jatuh cinta" dengan pelaburan logam berharga ini dan ingin mengajak rakan-rakan lain untuk bersama2 menyimpan emas dan perak sebagai simbol kekayaan mereka. Pelabur tersebut boleh menjadi dealer di mana2 syarikat emas perak yang kukuh dan diminati (saya syorkan syarikat GSR :p ). Sambil pelabur tersebut menunggu harga emas dan perak naik, pelabur tersebut boleh berniaga untuk menambah pendapatan sampingan. Menjadi dealer lebih menguntungkan kerana pembelian emas dan perak pada harga yang sangat murah.

Teknik 5
Pelabur tersebut tahu selok belok pelaburan perak dan merancang strategi untuk memaksimumkan keuntungan dengan membeli borong bila harga perak jatuh (harga spot) dan simpan sehingga harga spot meningkat. Kaedah ini memerlukan beberapa strategi. Dari segi target keuntungan seperti 5%, 10%, 20% dan sebagainya. Tetapi ilmu analisis harga juga perlu dipelajari,supaya tahu bila nak beli, bila nak jual, bila nak beli borong, dan sebagainya.

Diharap teknik yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk merancang strategi pelaburan perak anda. Jika anda perlukan mentor untuk bermula, saya boleh berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.. : )

*Berminat untuk membeli atau menjadi agen? Daftar percuma di www.gsr2u.com.my/jutawanlogam

7 comments:

  1. 1 lg teknik tuan...tunggu harga spot jatuh, cari seller yg jual harga lantai, borong semampu mampunya...simpan..then jual bila harga spot naik (based on berapa target kta mau untung, 10%/20% etc)..~sekadar pandangan,TQ ^-^

    ReplyDelete
  2. ya betul tu! teknik tu jugak yg saya lakukan..terima kasih kerana berkongsi :)

    ReplyDelete
  3. sama2 tuan..terima kasih atas post2 tuan, ianya amat membantu..saya salah 1 pembaca setia ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan sean :) saya akan cuba kongsikan beberapa artikel yang menarik nanti

      Delete
  4. tq tuan..informasi yg tuan kongsikan di sini membuatkan sy bertambah yakin dengan silver..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama,
      Diharap keyakinan tu tak pudar ye :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot logam

There was an error in this gadget