Sunday, 1 April 2012

Jual Silver bar di kedai Emas!

Hii kepada semua pembaca jutawan sekalian, hari ini saya nak share pasal kajian yang tidak sengaja yang saya buat baru-baru ini tentang liquidity perak di luar (kedai-kedai emas). saya membawa 2 bar perak saya menuju satu kedai emas di Kota Kinabalu (ketika ni saya sedang bercuti balik ke kampung halaman di Sabah). Kenapa saya memilih kedai emas ini kerana, kedai emas ini ada menjual barang kemas perak 925 yang sangat banyak. So, saya pun terfikir nak tanya kat kedai ini.

Bawa 2 ketul bar ni ke kedai Emas :)


Kedai emas seperti dalam gambar di atas (maaflah nama tu terpaksa di rahsiakan atas faktor keselamatan), mungkin rakan-rakan pembaca dari Sabah tahu kedai ini :) . Saya dengan selamba (masa tu pakai sandal, tshirt, dan suar jeans jer..) menuju ke kedai tu dan terusmasuk berjumpa dengan tokey emas. 

Dipendekkan cerita, tokey kedai tersebut hendak membeli perak saya dengan syarat ada resit atau kad COA. Wah! terkejut juga saya bila ada tokey emas yang hendak membeli bar perak. Tp harga memang sangat murah, tokey tu ambil pada harga Spot. Tapi, sekurang-kurangnya ada kedai emas yang hendak membeli bar perak. Ini satu permulaan yang baik! lebih-lebih lagi kalau terdesak nak guna duit : )

Saya juga pernah terjumpa satu iklan pada kedai emas di Sabah jugak, yang berbunyi "Silver boleh menukar wang". Sekali lagi, sebagai pelabur logam berharga, saya tertarik dengan iklan yang dilekatkan di depan pintu kedai..hehe. Saya pun dengan selamba masuk dan bertanya tentang buy back perak. Dan ternyata tokey emas tersebut juga berminat untuk membeli perak saya.

Inilah kedai, "perak boleh menukar wang"..hehe

Jadi, apa yang ingin saya highlight di sini adalah, adakah tokey2 kedai emas telah sedar tentang perak? adakah tokey2 emas telah mula simpan perak? dan adakah 5 tahun akan datang semua kedai emas menerima buyback perak?

Saya belum lagi bertanya bar perak ini kat kedai emas melayu. Maybe rakan-rakan lain boleh tanya bagi pihak saya..hehe. Apa-apapun, kesedaran tentang logam perak ni telah bermula dan semakin mendapat tempat. 

Persoalannya...adakah rakan-rakan pembaca akan terus memerhatikan dan hanya membaca sahaja? atau, telah mula bertindak membeli bar perak pertama anda? kalau dah bermula tu saya ucapkan tahniah! selamat menjadi jutawan logam :)


*Berminat untuk membeli atau menjadi agen? Daftar percuma di www.gsr2u.com.my/jutawanlogam 

p/s: Adakah artikel ini menarik? kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Hanya klik sahaja button kat bawah ni... : D Semoga rakan-rakan anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot logam

There was an error in this gadget