Saturday, 7 April 2012

Kenali Silver anda

Sebelum memulakan simpanan perak atau silver anda. Jom kenali Perak yang boleh anda simpan. :)

Silver Jewellery

silver jewell


Silver jewellery atau barang perhiasan perak merupakan  jenis perak yang terkenal di Malaysia. Kebanyakkan ketulinan barang perhiasan perak adalah 92.5%. Barang perhiasan perak ni mudah didapati di Malaysia kerana, kebanyaakan kedai emas juga ada menjual barang perhiasan perak. Kadang-kadang, barang perhiasan ini juga dihias dengan batu kristal untuk meningkatkan seri barang perhiasan perak ini. Tetapi sebagai seorang pelabur, barang perhiasan perak ini tidak sesuai untuk dijadikan simpanan pelaburan yang menguntungkan, salah satu sebab adalah ketulinannya bukan jenis 99.9% perak dan premiumnya sememangnya tinggi.

Silver bar



Bar perak di cetak dalam pelbagai saiz dan berat. Ada yang menggunakan unit "troy oz" dan "gram". Biarpun berat yang berbeza, tetapi ketulinan tetap sama iaitu, 99.9% perak. Bar perak merupakan pilihan pelabur yang sangat popular yang ingin mula melabur dalam perak fizikal, kerana bar perak murah dan premium rendah. Bar perak boleh diperolehi daripada luar negara (seperti Sunshine, kitco, Morgan dan sebagainya), dan di Malaysia, syarikat GSR telah menjadi syarikat pertama yang mengeluarkan bar perak menggunakan standard "troy oz".

Silver coin

harimau malaya

Silver coin atau syiling perak merupakan perak dalam bentuk duit syiling. Berat lebih kurang sama dengan silver bar, tetapi ia di cetak dalam bentuk bulat. Kebiasaanya, harga premium silver coin lebih tinggi daripada silver bar. Keistimewaan silver coin ini adalah, gambar yang dicetak pada permukaannya lebih menarik daripada silver bar dan kebanyakkannya akan ditulis "tahun" bila silver coin tersebut di cetak, dan ini boleh menjadikan silver coin menjadi "rare" menyebabkan harganya semakin mahal.

Generic coin

Mexican Libertad

Sesetengah silver coin mempunyai nilai dalam matawang negara pengeluarnya. Contohnya dollar Amerika, dollar Australia, Yuan, Euro dan lain-lain. Ini bermakna, silver coin berkenaan adalah legal tender pada nilai mukanya (sah dipelakukan dengan nilai berdasarkan nilai muka) di negara berkenaan. Kebanyakkannya, coin ini dikeluarkan oleh penempa kerajaan (goverment mint) dan ini berbeza dengan  generic round yang dikeluarkan oleh penempa persendirian (private mint), yang mana ia tidak mempunyai nilai muka. Namun terdapat juga penempa kerajaan yang tidak menyatakan nilai muka pada silver coin tersebut seperti Mexican Libertad. 

Numismatic



Numismatic coin adalah syiling perak yang dijadikan sebagai syiling koleksi terhad yang mempunyai permium tinggi. Jika anda minat untuk menggumpul kolesi ini ada beberapa perkara yang perlu anda tahu iaitu, harga numismatic coin tidak bergantung kepada harga spot perak. Semakin lama anda simpan numismatic coin, ia akan menjadi "rare", oleh itu harganya boleh meningkat lebih tinggi. Apa yang boleh saya katakan di sini, pelaburan dalam numismatic coin merupakan satu pelaburan yang berisiko tetapi untung yang lumayan.

Casting Silver bar


Silver casting bar merupakan silver yang mempunyai premium paling rendah. Lazimnya, berat casting serendah 100gram, 250gram, 500gram dan 1kg. Casting bar bermaksud silver yang ditempa tanpa melalui proses penghalusan, iaitu, silver yang dicairkan, dimasukkan ke dalam acuan silver, dikeluarkan setelah keras, dan disejukkan. Casting silver bar sesuai dijadikan pelaburan yang membawa pulangan yang lumayan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, saya sarankan untuk simpan casting silver bar :)

Kesimpulan

Kesemua jenis perak yang disimpan membawa pulangan pada jangka panjang (3-5 tahun). Oleh itu, anda bebas memilih untuk menyimpan jenis perak yang anda suka berdasarkan matlamat pelaburan anda. Bagi saya, saya lebih suka untuk simpan silver bar dan juga casting bar. Apa yang boleh saya cadangkan ialah, simpanlah perak berdasarkan kemampuan anda, dan jadikan 30% simpanan anda adalah simpanan logam 999 :)

*Berminat untuk membeli atau menjadi agen? Daftar percuma di www.gsr2u.com.my/jutawanlogam 

p/s: Adakah artikel ini menarik? kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Hanya klik sahaja "button" share kat bawah ni... : D Semoga rakan-rakan anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

2 comments:

  1. With BullionVault you can obtain physical precious metals bars at current spot exchange rates.

    Create your free account today and get 4 grams of free silver as a welcome bonus.

    ReplyDelete
  2. If you're in search of the best Bitcoin advertising network, join MellowAds.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot logam

There was an error in this gadget